Friday, March 12, 2010

CINTA..LOVE..




































































































































































































































" CINTA suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.CINTA tak dapat dipelajari tetapi dialami.Uniknya CINTA kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah dimuka bumi bermodalkan kasih sayang dan CINTA
CINTAlah segalanya bagi orang yang sedang bercinta.CINTA menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.
Jika CINTA sudah tiada di hati anda,tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda,sedangkan CINTA salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hambanya.Jika anda sudah tidak dapat menghargai CINTA,itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis.Ketiadaan CINTA di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
Orang yang tiada perasaan CINTA adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamanya.CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan,kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan.CINTA adalah kenderaan menuju kebahagiaan.
Suburkanlah rasa CINTA sebagaimana ia bermula-sentiasa.Saat bermulanya CINTA adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia.Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya.Tatkala itu CINTA benar-benar menjadi motivasi yang terhebat.Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah ,masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa CINTA begitu memotivasi dan perlu bukti.
Tiada lagi rasa teragung kecuali CINTA.CINTA melambangkan kegembiraan,
keseronokan,kepuasan,kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan.Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti diatas CINTA,memperoleh CINTA untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil dibawah kebesaran Ilahi.
CINTA yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia.
Sebagaimana ia bermula,CINTA seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya.CINTA tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam,tidak bermoral dan juga tidak mencarik kesucian CINTA itu sendiri.Andainya CINTA boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula,bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya CINTA yang dipermodalkan.Selama mana CINTA dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia menjadi penghias yang terindah.Apabila CINTA sudah tidak dihargai kehidupan akan berpaling ke tahap terendah.Jawapanya derita tanpa penyudah.
Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran,CINTA sudah ada dalam setiap insan.CINTA sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan yang berhak.Meniti diatasnya bererti meniti diatas bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa CINTA dan bahagia.Dengan CINTAlah gunung kelihatan rendah untuk didaki.Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni.Dengan CINTA dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna.Tanpa kedua-duanya,semuanya kelihatan tercabut dari sasaran.
CINTA ibarat cahaya,bukan pencetus masaalah dan pembawa derita.Tak perlu berkorban kehormatan untuk CINTA.Kerana CINTA yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang,dewasa,beriman malah berperibadi mulia.
CINTA murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan.CINTA telah membuatkan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik.Alangkah bodohnya orang yang menjadikan CINTA untuk membina kesusahan.
Jika CINTA dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasikan.Jika diberikan kepada seseorang,ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya.Jika dijelmakan dalam rumahtangga,jawapanya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya CINTA..............